Friday, September 12, 2008

Meja kayu

meja kayu itu masih di situ
tuannya silih berganti
namun meja kayu itu tetap setia
meneman bilik yang telah usang
dulu aku di situ
memahat memori dan cerita suka duka
cerita kejayaan dan kegagalan
mengenal erti kasih dan cinta
melangkah dari alam remaja ke dewasa
aku mahu pulang ke meja kayu itu
untuk aku cerita tentang perjalananku
tentang kejayaan dan kegagalanku
tentang kekasih baruku
namun bila aku menoleh
yang ada cuma meja kayu
teman-teman dan bekas kekasih tiada
dan meja kayu itu masih disitu
tuannya silih berganti
namun meja kayu tetap setia
bersama bilik yang usang


taman song choon, ipoh
2.00 pagi
13/09/2008

No comments: