Sunday, September 14, 2008

JaWaTaN KoSoNG


untuk semua kawan2 yang masih lagi mencari2 kerja. atau pun korang ada kawan2 yang tengah carik kerja... tolong apply kat email ni nurul@idrisko.com.my
jawatan : Marketing Executive
kelulusan : minima Dip
Gaji : mengikut kelulusan ataupun pengalaman.
lawati website di atas sebelum menghadiri temudugaaa walaupun yg intebiu 2 aku. huhuhu
lagi 1, aku resign pada bulan 12. kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat aku tolong emailkan resume korang sama macam di atas tue.
jawatan : administration and business operation asstn. manager
kelulusan : Bc. Degree (any field)
basic : 1800.00
tapi aply time bulan 11 la. jgn la aply awal2. nanti dorang tau aku nak berenti pulak. huhuhu
ok aku sambung kerja lagi...
Nurul-ExUSA2

Saturday, September 13, 2008

HaRi iNi DaLaM SeJaRaH

Hari ini dalam sejarah.... bila budak2 USA2 ke kundasang. Lawatan sambil belajar la konon. Bagi aku itu bukan la lawatan sambil belajar tapi lebih kepada enjoyyyy... satu peristiwa berlaku bila semua studen lelaki kecemasan. Studen pompuan pula tercengang2 apa yang berlaku. Nampaknya seorang geng lelaki telah merajuk siapa ya... ni semua gara2 si Nasrullah. apa pasal dia marah ngn budak kasim 2 aku pun tak tau cerita sampai sekarang. huhuhu pada hal kasim 2 sensitif orangnya. habis terpaksa dikejarkan ke hospital Ranau (kalau aku x silap).... datang pula ampusnya budak kasim 2. tapi kesian jugak. dia ada pantang2 sendiri pasal makanan ni. ciannya terpaksa la masakan dia bubur je sepanjang program 2. Akulah tukang test makanan dier 2 masin ke tak masin... huhuhu segan pula buat mcm 2 nak test2 makanan orang.
sebelum 2, masa baru nak angan2 buat program 2 adelah budak2 ting 5 yg nak join the program. cigu esmadi ckp buat labu labi ja la budak2 tu... huhuhu aku ingat lagi kitorang jln depan sekali... tiba2 pasangan kat belakang tu tiba2 lesap. tp x pa la kitorang faham... huhuhu hanya aku ngn ika jerrrr yg tau...

gambar2 kat kundasang tu aku simpan la smpi sekarang.... asrama tempat kita menginap aritu dah tak ada dah... roboh akibat tanah runtuh.

Nurul-ExUSA2


Friday, September 12, 2008

Meja kayu

meja kayu itu masih di situ
tuannya silih berganti
namun meja kayu itu tetap setia
meneman bilik yang telah usang
dulu aku di situ
memahat memori dan cerita suka duka
cerita kejayaan dan kegagalan
mengenal erti kasih dan cinta
melangkah dari alam remaja ke dewasa
aku mahu pulang ke meja kayu itu
untuk aku cerita tentang perjalananku
tentang kejayaan dan kegagalanku
tentang kekasih baruku
namun bila aku menoleh
yang ada cuma meja kayu
teman-teman dan bekas kekasih tiada
dan meja kayu itu masih disitu
tuannya silih berganti
namun meja kayu tetap setia
bersama bilik yang usang


taman song choon, ipoh
2.00 pagi
13/09/2008

Seluar putihku jarang

masa mula2 masuk tingkatan 6 dulu, cikgu roslan martinis, abang ipar nurul, paksa semua budak lelaki pakai seluar kain yang dibenarkan saja.

bila hujan semua budak lelaki yang mengikuti arahan itu, sudah pasti berhati-hati. hujan menyebabkan warna seluiar kecik mereka diteka dengan mudah sekali.

cheh..memalukan betulll!!

Thursday, September 11, 2008

Sepilok Laut

Petang kat Sepilok Laut. Budak2 x-USA jadik faci utk budak2 junior.

Penat kata dorang. Sapa suruh pegi 'jejak hutan' tu. tengok aku, makan megi bawah khemah tak penat pon.

Diana Ngelambong bangga. Pacat tak berani cabul dia. Dia kata dia orang Butun, pacat takut ngan orang Butun. Aku tanya kat dia, apsal ketiak ko berdarah?

Diana. MAKKK!!!tolong!tolong!!atut!!atut!!


Wednesday, September 10, 2008

Post

Salam ramadhan,

alhamdulillah, dah semakin ramai kawan2 x-usa smk sandakan yang berkunjung ke blog ini. Matlamat blog ini tiada lain hanyalah untuk menyambung kembali hubungan yang sudah lama terpisah. mungkin kekangan masa dan faktor tempat menghalang kita dari bertemu secara zahir, namun pertemuan secara maya ini setidak-tidaknya mengubat rindu.

saya mengharapkan kawan2 yang punya apa2 utk dipostkan ke sini , tolong emel ke uppersixers@yahoo.com., so bolehlah aku postingkan. satu lagi yg punya kemahiran hias2 blog ni, kalau boleh tlonglah contact aku, so bleh la tambah langsir ke, karpet ke, sofa ke, ke blog ni. la ni nmpk mcm rumah kosong ja.

k, selamat menunaikan ibadah puasa dan teruskan bersama blog uppersixers. tolong kaborkat kawan2 lain pasei blog ni ye.. ate kalau makin ramei, bertambah meriahnya,..

haris ipoh, mali

Tuesday, September 9, 2008

suatu hari di dalam kelas III

"Gedebab!!!"

semua orang toleh kat belakang. Satu kejadian sedih telah berlaku. Seorang pelajar telah terjatuh dari kerusinya.

Faizal tera diam. Amir Lahaking diam. Usman diam. Mazni diam. rashid diam. Semua orang diam. Kalau orang lain confirm kena gelak. Tapi sebab yang jatuh tu minah garang. Semua orang tak berani gelak.

Time rehat. Atas tangga. HAAAAH...HAAARRR..HAHAHAHAH....haaarrrr....

p/s: kalau kau jumpa c rubiah , kirim salam kat dia ek...heheheh

Haris
Ipoh mali